Kesihatan Dan Perpaduan

 


Mohd  Faizal Bin Mat Pesa

Isi kandungan 

PENGENALAN.

  • Kesihatan dan perpaduan rakyat penting dalam membangunkan sebuah negara yang harmoni dan menuju ke arah negara yang maju. 


  • Kesihatan rakyat Malaysia amat diutamakan dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Apabila kesihatan rakyat terjamin,  pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan dan secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan. 


  • Pembagunan negara yang dirancang juga berjalan dengan baik. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bersatu dan teguh apabila kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang bersatu padu serta berupaya menjamin kesejahteraan semua lapisan masyarakat.


  •  Kesejahteraan yang lebihh baik juga akan meningkatkan kemajuan rakyat.

MAKSUD KESIHATAN DAN PERPADUAN.

  • Kesihatan bermaksud  keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial dan tidak hanya seketika ketiadaan sakit. 


  •  Definisi kesihatan ialah kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.




  • Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama manusia (berlainan kaum,bangsa dan agama).

  • Kesihatan dan perpaduan dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan tidak membezakan agama,bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni



  • . Struktur bidang perubatan juga lazimnya terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa dan agama, bersama-sama berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin. Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan dan kesihatan ini berlaku.

    OBJEKTIF.

  • Memupuk kesedaran mengenai amalan hidup sihat.
  • Mengalakkan persekitaran yang sihat serta mengurangkan penularan penyakit.


  • Meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan masyarakat 


  • Mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti
  • Memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kesihatan.

KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN.
  • kita mestilah menjaga kesihatan diri kita agar tidak mendapat penyakit yang berbahaya. Kesihatan diri ini amat penting  supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan gembira.




  •        kepentingan menjaga kesihatan diri ialah kita dapat melakukan pelbagai jenis aktiviti yang kita suka tanpa sebarang halangan penyakit. Contohnya, kita dapat melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit atau  berolah raga dengan selesa.

  •         Kesimpulannya, menjaga kesihatan amatlah penting untuk kesejahteraan diri setiap orang. Sejajar dengan kata-kata hikmah “Negara bersih, rakyat sihat ; Badan sihat, otak cergas”.


CONTOH AKTIVITI/PROGRAM KESIHATAN DAN PERPADUAN.

  1. HARI SUKAN NEGARA / BULAN SUKAN NEGARA

  • Contoh yang boleh kita ambil bagi menjelaskan dengan lebih mudah mengenai konsep kesihatan dan perpaduan ini ialah melalui program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini.
  • Tujuan sukan negara untuk menggalakkan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu, kumpulan masyarakat dan antarabangsa.
  • agenda “Sukan Untuk Semua” itu dapat dikaitkan serba sedikit mengenai perpaduan antara masyarakat ketika bersukan
  • Sukan Negara ini dijalankan, kaum Melayu, Cina dan India sama-sama menyertai acara yang dianjurkan tidak kira di sekolah mahupun komuniti setempat mereka.



  1. KEMPEN DERMA DARAH
  •  Rakyat boleh mendermakan darah walaupun berbeza kaum dan bangsa. Sehubungan dengan pengurangan stok di bank darah Malaysia, sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama membantu masyarakat lain yang memerlukan darah bagi meneruskan kehidupan seperti kita.
  • Perpaduan di sini bukan hanya terbentuk dari insan yang mendermakan darah malahan insan yang membantu sepanjang kempen juga bersatu padu bagi mencapai hasrat dan tujuan kempen derma darah itu dijalankan.

COVID-19

  • kes ini menjadikan kesemua petugas-petugas barisan hadapan (frontliner) berkerjasama dan berganding bahu siang dan malam bagi mengurangkan penularan ini berlaku.
  • barisan petugas hadapan (frontliner) yang terdiri daripada polis, tentera, doktor dan sebagainya bertugas dan berkongsi kepakaran untuk memastikan fasiliti keperluan dan keselamatan rakyat terjamin tanpa kira bangsa.
  • tagline “#kitajagakita” telah jelas bahawasanya ada sifat perpaduan di kalangan masyarakat malaysia.






KESIMPULAN

Kesimpulannya, sektor kesihatan mampu membentuk dan mewujudkan hubungan perpaduan yang utuh dan teguh antara masyarakat. Konteks perpaduan itu sendiri telah membawa makna yang sangat besar terhadap komuniti dan negara kita yang tercinta. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menjaga perpaduan yang terbina ini bagi memastikan kesinambungannya pada generasi akan datang. Jika tiadanya perpaduan antara masyarakat, maka keharmonian negara akan tergugat dan sekaligus menyebabkan penyatuan antara kaum dan bangsa itu semakin hilang.

 

 Sekian sahaja dari kami tentang perkaitan antara kesihatan dan perpaduan ini. Semoga blog ini dapat memberikan anda semua ilmu dan info baharu. Semoga kita bersua kembali di masa akan datang !


NUR FARHA QURRATU AINI BT ZAINUDIN

NUR FARHA QURRATU AINI BT ZAINUDIN 

( 14DPR21F1081 )


 NUR UMAIRAH BINTI KHIRIL ANWAR

(14DPR21F1030)

IEDAYATUL FATIHAH BT AZLAN 

(14DPR21F1012)

SITINURFATIMAH BINTI SHAMSUL ABDUL SHUKOR 

(14DPR21F1040)

NURUL SAIDATUL NADIRA BINTI ABU BAKAR

(14DPR21F1052)




Comments